Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BENGKEL PENYEDIAAN PERMOHONAN PROJEK PEMBANGUNAN HARTANAH WAKAF RMK-11

Kuala Terengganu, 12 Oktober 2015. Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Permohonan Projek Pembangunan Hartanah Wakaf RMK-11 JAWHAR bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) pada 4-6 Oktober 2015 di Hotel Grand Puteri (JAWHAR-MAIDAM) Kuala Terengganu.

Bengkel selama 3 hari 2 malam ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR Jabatan Perdana Menteri. Di dalam ucapan Ketua Pengarah JAWHAR telah menyentuh mengenai pelaksanaan pembangunan hartanah wakaf yang dilaksanakan oleh JAWHAR di dalam RMK-9 dan RMK-10 dan berharap pendedahan yang diberikan dalam bengkel ini akan dapat membantu pegawai-pegawai MAIN penyediaan cadangan projek pembangunan di bawah RMK-11 dengan tepat dan mengambil kira garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Bengkel ini telah dihadiri oleh pegawai- pegawai pembangunan wakaf MAIN dan 3 topik utama telah dibincang dan dibengkelkan bersama dengan penceramah yang dijemput terdiri daripada En. Khalid bin Mohamad, Timbalan Pengarah Seksyen Bajet Pembangunan EPU, Pn. Raja Alifah bt Raja Nordin Bahagian Pembangunan JPM, Pn Nik Ainun Zanariah bt Nik Abdul Rashid Ketua Unit Projek 5, CKBA JKR Kuala Lumpur. Peserta juga telah diberi taklimat mengenai permohonan projek pembangunan RMK-11 oleh Tuan Haji Zainal bin Hj Mohd Yusoh, pegawai wakaf JAWHAR.

Di akhir bengkel ini, En. Suheime bin Abd Samad, Pengarah Wakaf JAWHAR telah menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta yang telah menghadiri bengkel.Tahniah dan syabas kepada ursetia bengkel yang telah membuat persiapan terbaik bagi memastikan perjalanan bengkel berjalan lancar.bv1

bv5

bv4

bv3

bv2

We gain other clues in these sentences: convenient reference reading?

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.39 Subuh 5.49 Syuruk 07.01 Zohor 13.19 Asar 16.14 Maghrib 19.39 Isyak 20.38
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 16 Jun, 2021 @ 3:30 AM
Top