Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Bengkel Penyediaan Pembangunan Pelan Strategik JAWHAR 2017 – 2020

Pada 23 hingga 26 April 2017 yang lalu, satu Bengkel Penyediaan Pembangunan Pelan Strategik JAWHAR 2017 – 2020 telah berlangsung di Pulau Langkawi, kedah dengan disertai oleh seramai lapan belas (18) orang pegawai dan kakitangan JAWHAR. Bengkel yang dianjurkan oleh unit penyelidikan, Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa (BPKA) turut disertai oleh Ketua Pengarah JAWHAR iaitu Tuan Ahmad Musadad Bin haji Sulaiman dan penceramah jemputan khas iaitu En Hassan Hafizi Bin hanapi yang merupakan bekas pegawai di JAWHAR pada suatu ketika dahulu merupakan pegawai ‘incharge’ yang menyediakan dan menyelaras Pelan Strategik JAWHAR.

 

Bengkel yang diadakan selama 3 hari ini telah menggabungkan idea-idea yang bernas dan pandangan-pandangan yang mantap dari pelbagai lapisan warga JAWHARyang hadir. Idea bengkel ini mat memberi manfaat kepada seluruh warga JAWHAR yang hadir kerana penyediaan pelan strategik ini akan dijadikan panduan kepada warga JAWHAR dalam memecu kejayaan untuk mencapai hasrat kerajaan ke arah wawasan 2020.

(Ucapan perasmian oleh YBhg Tuan Ahmad Musadad Bin haji Sulaiman)

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Ahmad Musadad Bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR dan bengkel telah dikendalikan oleh Pengarah BPKA En Mohd Faizal Bin Ab Hamid yang telah memberikan gambaran dan penerangan yang jelas tentang hala tuju JAWHAR.

(Penceramah jemputan En Hassan Hafizi Bin Hanapi)

 

Semoga bengkel ini dapat membawa seluruh warga JAWHAR kearah kejayaan yang lebih membanggakan selaras dengan Perancangan Pelan Srategik yang telah dibangunkan

(Sesi penyampaian cenderahati kepada En. Hassan Hafizi Hanapi)

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top