Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS PERMOHONAN PENGECUALIAN FI PERKHIDMATAN PENILAIAN HARTANAH MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI (MAIN)

   

Putrajaya, 28 Ogos 2019 – Bahagian Baitulmal, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, (JAWHAR) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Kertas Permohonan Pengecualian Fi Perkhidmatan Penilaian Hartanah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bertempat di Bilik Seminar Aras 8 JAWHAR dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

 Bengkel ini telah dimulakan dengan pembentangan dan taklimat “Pengenaan Fi Penilaian Harta Tanah” oleh Puan Norhayati binti Awang, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Standard Amalan Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Seterusnya bengkel diteruskan dengan pembentangan draf kertas cadangan “Pengecualian Fi Perkhidmatan Penilaian Hartanah Milik Majlis Agama Islam Negeri” oleh Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIM) dan Ustaz Mohd Khabir bin Abd Karim dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Perjalanan bengkel ini telah diketuai oleh Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid dan dibantu oleh Ustaz Mohd Khabir bin Abd Karim.

Tujuan utama bengkel ini adalah untuk menyediakan kertas permohonan bagi mendapat pengecualian fi perkhidmatan penilaian hartanah milik Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Hampir kesemua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) telah memberikan kerjasama dengan menghantar wakil mereka untuk hadir bersama menyumbang idea dan buah fikiran di dalam bengkel kali ini. Bengkel ini yang dijadualkan pada 28 dan 29 September 2019 (Rabu dan Khamis)  telah berjaya diselesaikan pada 28 September 2019.

Secara keseluruhannya, bengkel ini telah menjadi medan perkongsian pandangan serta pengalaman sesama wakil agensi yang terlibat bagi memastikan kelancaran pelaksanaan pengurusan harta di MAIN seterusnya mengangkat MAIN sebagai sebuah badan yang berwibawa dalam menjaga kepentingan dan menguruskan harta umat Islam di Malaysia.

 

 

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 17 Oktober, 2019 @ 5:38 PM
Top