Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BENGKEL PENSTRUKTURAN DAN PENJENAMAAN SEMULA JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR)

bpsj 04

Bengkel Penstrukturan dan Penjenamaan Semula JAWHAR telah diadakan pada 7 hingga 9 Julai 2013 bertempat di Klana Beach Resort (JAWHAR – MAINS), Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 20 orang pegawai JAWHAR telah menyertai Bengkel ini yang bertujuan untuk mengkaji kesesuaian perjawatan yang sedia ada, keperluan penstrukturan baru dan penjenamaan semula JAWHAR.

Melalui Bengkel ini, setiap pandangan, idea dan fakta yang dilontarkan akan diperhalusi supaya ianya dapat memperkukuh lagi Kertas Penstrukturan dan Penjenamaan Semula JAWHAR untuk diangkat kepada pihak yang berkenaan. Sekretariat Sementara World Zakat Organization akan dipindahkan operasinya ke JAWHAR bagi memudahkan Jabatan ini menggalas tugas pemantauan sewajarnya. JAWHAR juga turut mencadangkan penggabungan beberapa Unit serta Bahagian di JAWHAR supaya ianya tampil dengan lebih mantap untuk mengekalkan Tadbir Urus Terbaik.

Pelaksanaan Bengkel ini turut mengambil kira perjawatan sedia ada di JAWHAR kerana perubahan skim perjawatan telah dilaksana sebelum ini oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui waran perjawatan yang dikemaskini dari semasa ke semasa.

Semoga usaha yang telah dicurahkan dalam Bengkel ini memberikan faedah dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan serta mendapat barakah dan inayahNya jua.

Gambar-gambar semasa Bengkel

bpsj 01

bpsj 02

bpsj 03

bpsj 05

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.04 Zohor 13.06 Asar 16.28 Maghrib 19.03 Isyak 20.17
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Disember, 2020 @ 8:56 AM
Top