Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Bengkel Pemurnian Pindaan Manual Kualti JAWHAR – Isu Kritikal JAWHAR

IMG_2843

13 April 2016 – Satu Bengkel Pemurnian Pindaan Manual Kualti JAWHAR – Isu Kritikal JAWHAR telah diadakan di Bilik Gerakan JAWHAR pada 13 hingga 15 April 2016 oleh Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) Seramai 30 orang telah terlibat menjayakan bengkel ini terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan di Jabatan.

Bengkel Pemurnian Pindaan Manual Kualti JAWHAR – Isu Kritikal JAWHAR yang diadakan bertujuan untuk meminda dan menambahbaik isu kritikal Syariah JAWHAR, memberi pemahaman dan penghayatan berkaitan Sistem Pengurusan kualiti yang patuh Syariah di kalangan warga JAWHAR terutamanya di kalangan warga baru.

JAWHAR telah menjemput seorang penceramah daripada JAWI Putrajaya iaitu YBrs. Ustaz Mohd Hapizi bin Sulaiman bagi membantu warga JAWHAR dalam menambahbaik serta meminda isu kritikal JAWHAR agar menepati kehendak dan piawaian standard yang baru iaitu MS1900:2014.

Perbincangan diadakan dalam bentuk kumpulan yang terdiri daripada wakil Bahagian Teras dan Sokongan di JAWHAR. Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak di JAWHAR.

IMG_2841 IMG_2809 IMG_2801 IMG_2796

 

Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa
Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya

 

 

 

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.04 Zohor 13.06 Asar 16.28 Maghrib 19.03 Isyak 20.17
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Disember, 2020 @ 8:56 AM
Top