Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK JAWHAR 2017-2020 OLEH MAMPU

 

Pada 22 Mac 2017 (Rabu) yang lalu, Unit Penyelidikan, Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa (BPKA) Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah menganjurkan satu Bengkel Pembangunan Pelan Strategik JAWHAR yang bertempat di bilik Latihan JAWHAR. Bengkel ini telah dihadiri oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan JAWHAR. Bengkel selama sehari ini telah dikendalikan oleh Pegawai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) iaitu Puan Azra Haida binti Baharom.

 

 

 

 

 

 

 

 

Objektif bengkel ini di adakan adalah untuk menilai semula pencapaian Pelan Strategik JAWHAR 2012 – 2016 dan membuat cadangan-cadangan penambahbaikan sebagai input untuk penyediaan Pelan Strategik yang baru dan membincang, memutus dan memperakukan cadangan pelaksanaan tugasan (kaedah dan strategi program/aktiviti) bagi mengukuh dan memantapkan lagi institusi-institusi wakaf, zakat, mal dan haji/umrah di dalam negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bengkel ini juga turut di adakan bagi memberikan pendedahan kepada semua pegawai JAWHAR tentang bagaimana sesebuah organisasi itu perlu menyediakan satu pelan strategik yang mantap dan berkesan dalam usaha mencapai matlamat wawasan 2020.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top