Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BENGKEL PEMANTAPAN PERKHIDMATAN AGENSI PELANCONGAN MUSLIM DALAM PENGURUSAN UMRAH

Pada 7 – 9 Disember 2012, Bahagian Haji JAWHAR telah mengadakan Bengkel Pemantapan Perkhidmatan Agensi Pelancongan Muslim dalam Pengurusan Umrah dengan penyertaan daripada wakil persatuan dana agensi-agensi pengelola Umrah dari seluruh Negara bertempat di Hotel Klana Beach Resort Port Dickson,Negeri Sembilan.

Kumpulan sasar bengkel ini adalah wakil-wakil daripada persatuan agensi pelancongan di Malaysia selain agensi-agensi pengelola Umrah sendiri. Bengkel yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini telah mendapat sambutan yang baik dan dihadiri oleh wakil-wakil persatuan agensi pelancongan,antaranya Dato’ HjhYasmin bin Dato’ Hj. Mohd Yazid wakil daripada MATTA yang juga merupakan CEO TH Travel & Services Sdn. Bhd., Tuan Hj. Ayob bin Mat Aris Timbalan Presiden BUMITRA serta 26 wakil daripada10 agensi pengelola umrah iaitu syarikat Andalusia Travel & Tours, Gemilang Travel & Tours, TH Travel & Tours, De Mawardah Travel & Tours, Mitra Kembara SdnBhd, TM Tours & Travel Sdn Bhd, Gemala Travel & Tours Sdn Bhd, KSKI Travel & Tours, Rahman Brothers Travel & Tours Sdn Bhd, dan CS Holidays Sdn Bhd.

Program ini dirangka bertujuan untuk mendekati kumpulan sasar yang memainkan peranan penting dalam perkembangan industry umrah negara.Selain daripada proses engagement dengan pemain industri yang terlibat secara langsung di dalam pengurusan umrah di Malaysia, JAWHAR berpendapat wujud keperluan untuk mendekati pihak industry secara lebih khusus terutamanya untuk member maklumat mengenai akta dan kerangka perundangan yang berkaitan bagi memantapkan kefahaman pihak terbabit dalam pengurusan umrah. Di samping itu, bengkel turut bertujuan untuk mendengar permasalahan pihakagensi pengelola umrah serta mendapatkan input-input yang berkaitan dengan perkhidmatan umrah.

Sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan dalam bengkel ini iaitu Halatuju Pengurusan Umrah di Malaysia oleh En. Ahmad Azhan Mohd Noh Pengarah Bahagian Haji JAWHAR, Kedua; Pengurusan Umrah :Akta Industri Pelancongan Malaysia oleh En. Mahathir bin Bujang KPSUK Caw. Penguatkuasaan dan Pendakwaan Kementerian Pelancongan Malaysia, Ketiga; Tanggungjawab dan Peranan Pengelola Umrah dari Perspektif Akta Perlindungan Pengguna oleh Tn. Hj. Mohd Khalis bin Kassim KPPK Unit Perlindungan Pengguna KPDNKK dan keempat; Isu-isu dalam Urusan Perkhidmatan Umrah oleh Tn. Hj. Ayob bin Mat Aris Timbalan Presiden BUMITRA.

Pada akhir sesi bengkel ini, para peserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk membincangkan mengenai isu-isu umrah yang telah dikenalpasti.Antara isu perbincangan ialah peranan dan tanggungjawab social pengelola umrah kepada masyarakat, penambahbaikan industry umrah dan ziarah khususnya dari sudut pengurusan, isu perundangan untuk memantapkan industry umrah, dan langkah-langkah yang lebih berkesan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam memilih pengelola umrah.

Bengkel Pemantapan Perkhidmatan Agensi Pelancongan Muslim kepada Agensi Pelancongan Muslim ini telah ditutup dengan rasminya pada 9 Disember 2012 oleh YBhg. Datuk Anan bin C. Mohd,KetuaPengarah JAWHAR. Dalam ucapan penutupannya, beliau telah melahirkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan di atas penyertaan semua pihak berkaitan dengan industry umrah kerana telah bersedia bersama-sama JAWHAR menyumbang tenaga dan buah fikiran bagi memantapkan pengurusan umrah di Malaysia. YBhg.Datuk Ketua Pengarah turut menekankan bahawa adalah menjadi harapan JAWHAR agar semua isu yang dibangkitkan di dalam bengkel dapat diteliti di samping kaedah serta jalan penyelesaian kepada masalah yang diketengahkan dapat dikenalpasti manakala penambahbaikan dapat dibuat bagi memantapkan pengurusan umrah di Malaysia.

 

Disediakan oleh:

Bahagian Haji
JAWHAR

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top