Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Bengkel Pelan Strategik ICT JAWHAR Siri 2/2013

Pada 15 Mei 2013 hingga 17 Mei 2013, Bahagian Teknologi Maklumat JAWHAR telah menganjurkan Bengkel Pelan Strategik ICT JAWHAR siri 2/2013 dengan kerjasama Perunding Pengurusan Strategik ICT, MAMPU. Ianya adalah kesinambungan daripada bengkel PSICT siri 1/2013. Bengkel ini telah diadakan di Hotel Sea View, Langkawi dan dihadiri oleh 28 orang peserta terdiri daripada ahli pasukan, PMO dan pasukan perunding MAMPU.

Bengkel PSICT siri 2/2013 telah dimulakan dengan sesi pembentangan Strategi dan Program ICT oleh Puan Rosnita binti Ismail selaku Pengurus Projek. Setelah itu, ulasan penambahbaikan strategi dan program ICT setiap kumpulan daripada Perunding MAMPU,   Dato’ Dr. Zahari bin Othman. Seterusnya, taklimat Pelan Tindakan telah disampaikan oleh Dato’ Dr. Zahari bin Othman.

Agenda diteruskan lagi dengan majlis perasmian oleh Ketua Pengarah JAWHAR, iaitu YBhg. Datuk Haji Anan C. Mohd. Dalam ucapannya, beliau berharap  bengkel ini akan mengambil kira keperluan JAWHAR di masa akan datang. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Dato’ dan ahli Pasukan Perunding ICT Sektor Awam kerana sudi membantu JAWHAR dalam penyediaan Pelan Strategik ICT JAWHAR 2013-2016 ini, semoga hasilnya nanti dapat dijadikan panduan kepada pihak jabatan dalam memacu keterbilangan kualiti kerja serta penyampaian perkhidmatan kerajaan khususnya dalam hal ehwal berkaitan wakaf, zakat, mal, umrah dan haji di Malaysia.

Pada hari kedua, agenda diteruskan dengan sesi perbincangan dalam kumpulan mengenai Pelan Tindakan. Setiap wakil pasukan membentangkan mengenai pelan tindakan, seterusnya ulasan penambahbaikan daripada Perunding MAMPU,   Dato’ Dr. Zahari bin Othman telah diadakan.

Pada sebelah malamnya pula, taklimat Kos dan Prioriti telah disampaikan oleh Perunding MAMPU iaitu Puan Hasnah binti Suhaimi. Setelah itu, perbincangan oleh ahli pasukan telah diadakan.                     

Pada hari terakhir bengkel tersebut, pembentangan oleh wakil kumpulan Aplikasi, Infra dan Pembudayaan mengenai Kos dan Prioriti. Seterusnya ulasan penambahbaikan daripada Puan Hasnah binti Suhaimi.

Seterusnya Puan Hasnah binti Suhaimi telah membentangkan way forward  bengkel. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ketua Pengarah JAWHAR iaitu Datuk Anan bin C. Mohd.

 

{gallery}22052013{/gallery}

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top