Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BENGKEL PELAKSANAAN GEOSPATIAL TANAH WAKAF

Putrajaya, 26 Januari 2016 (Selasa)- Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Putrajaya  telah mengadakan Bengkel Pelaksanaan Geospatial Tanah Wakaf  bersama dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

IMG_1239

Bengkel sehari ini telah diadakan di Bilik Gerakan JAWHAR bermula 10.00 pagi dan berakhir pada 4.30 petang. Taklimat perjalanan bengkel telah disampaikan oleh Tuan Haji Zainal bin Hj Mohd Yusoh,Pegawai Wakaf JAWHAR manakala pengisian bengkel sepanjang program berlansung telah disampaikan oleh Ketua Pasukan daripada MaCGDI iaitu Puan Mariam bin Mohamad,Timbalan Pengarah dan pegawa i MaCGDI. Sebanyak 8 MAIN telah hadir  ke bengkel ini yang terdiri daripada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Majlis Agama Negeri Melaka (MAIM) dan Majlis Agama Islam dan Adat MelayuTerengganu (MAIDAM).

IMG_1218

Objektif pelaksanaan bengkel geospatial tanah wakaf ini bertujuan membantu pihak MAIN menyediakan aplikasi terkini atas talian yang memudahkan pengemaskinian data tanah wakaf dibuat secara cepat dan tepat dalam persekitaran yang selamat.

IMG_1226

Diakhir bengkel ini, satu aplikasi tanah wakaf berasaskan Sistem Maklumat Geospatial (GIS) telah rangka untuk dibangunkan dengan mengambilkira keperluan pengguna dan ciri-ciri keselamatan data.

Many pro-essay-writer.com strong essays highlight ones individual

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top