Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BENGKEL PENYEDIAAN MANUAL PENGURUSAN ASNAF GHARIMIN

page4 011

Bengkel Penyediaan Manual Pengurusan Asnaf Gharimin anjuran Bahagian Baitulmal, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah diadakan pada 7 hingga 9 Mei 2014 bertempat di Hotel Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Datuk Hj. Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membincang dan merangka satu garis panduan terbaik serta prosedur yang jelas dan seragam berkaitan pengurusan agihan zakat bagi asnaf Gharimin untuk rujukan kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di seluruh Malaysia.

Sepanjang tiga hari berlangsungnya bengkel ini, pakar-pakar rujuk yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Hasan Bahrom (Universiti Teknologi MARA), Dr. Arieff Salleh bin Rosman (Universiti Teknologi Malaysia), Jabatan Insolvensi Malaysia, wakil-wakil MAIN serta para pegawai kanan JAWHAR telah mencurahkan ilmu, maklumat, dan idea serta pengalaman yang sangat membantu dalam penerbitan manual pengurusan asnaf Gharimin ini.

Semoga dengan penerbitan manual ini akan memudahkan pihak-pihak terlibat untuk membuat rujukan yang seragam dalam pengagihan zakat kepada asnaf Gharimin di Malaysia, insya-Allah.

page4 206 page4 136

Disediakan Oleh : Bahagian Baitulmal, JAWHAR

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.59 Subuh 6.09 Syuruk 07.20 Zohor 13.22 Asar 16.45 Maghrib 19.19 Isyak 20.33
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 18 Januari, 2021 @ 1:16 PM
Top