Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BENGKEL PEMBANGUNAN SISTEM E-KHAIRAT JAWHAR

DSC_0148

Putrajaya, 20 Mac 2014 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pembangunan Sistem e-Khairat selama tiga hari bermula pada 17 hingga 19 Mac 2014. Bengkel ini diurusetiakan oleh Bahagian Mal JAWHAR dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat JAWHAR dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) seluruh Malaysia.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendapatkan pandangan, persetujuan dan maklum balas daripada pihak MAIN berkenaan cadangan JAWHAR untuk membangunkan Sistem e-Khairat sebagai satu mekanisme pengumpulan dan penyelarasan data secara berpusat berkaitan kebenaran membuat kutipan khairat (derma / sedekah) di seluruh Malaysia.

Sistem e-Khairat ini akan membolehkan masyarakat awam menyemak kesahihan kutipan khairat yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dengan mudah, iaitu melalui mobile application yang boleh diakses dengan menggunakan telefon pintar masing-masing, ataupun melalui aplikasi laman web yang disediakan.

Dengan adanya Sistem e-Khairat ini nanti, diharapkan agar kes-kes penipuan dalam aktiviti kutipan khairat di Malaysia akan dapat dikurangkan dan seterusnya dibanteras bagi memastikan wang khairat yang disumbangkan oleh masyarakat awam demi kepentingan agama dan umat Islam tidak disalahgunakan serta ia benar-benar sampai kepada pihak yang memerlukan.

 DSC_0128 DSC_0102 DSC_0087

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.04 Zohor 13.06 Asar 16.28 Maghrib 19.03 Isyak 20.17
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Disember, 2020 @ 8:56 AM
Top