Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BENGKEL KUMPULAN FOKUS KAJIAN KADAR URUF PEMAKAIAN EMAS

Pada 26 September hingga 27 September 2013, Bahagian Zakat JAWHAR telah menganjurkan Bengkel Kumpulan Fokus Kajian Kadar Uruf Pemakaian Emas. Ia dilaksanakan bagi tujuan perkongsian ilmu mengenai uruf pemakaian emas perhiasan wanita yang dijadikan sebagai asas kewajipan pelaksanaan zakat perhiasan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Tujuan bengkel ini juga adalah untuk menambahbaik dan melengkapkan keperluan kajian uruf emas selaras kehendak syarak dan pengalaman serta amalan yang dipraktiskan oleh MAIN. Bengkel ini juga membincangkan isu-isu berbangkit terutamanya mengenai penyelarasan gerak kerja pengumpulan data kajian lapangan berkaitan uruf pemakaian emas perhiasan wanita seluruh Malaysia. Objektif lain bengkel ini adalah untuk meningkatkan kerjasama pintar di antara JAWHAR, MAIN dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) dan pihak media massa. Bengkel tersebut telah dijalankan di The Aston Hotel, Nilai, Negeri Sembilan dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR, iaitu YBhg. Datuk Haji Anan C. Mohd. Bengkel ini telah disertai oleh 45 orang peserta yang terdiri daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Agensi Mengurus Zakat (AMZ), UKM Pakarunding (UKMP) Sdn. Bhd. dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan telah diketuai oleh JAWHAR iaitu YBrs. Pengarah Zakat JAWHAR, Tuan Haji Mohd Bakri bin Ibrahim.

Pembentang kertas kerja terdiri daripada Prof. Madya Dr. Shofian Bin Ahmad dari UKMP, wakil dari Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP) MUIP, Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang menceritakan pengalaman mereka melaksanakan Kajian Kadar Uruf Emas di negeri masing-masing. Bengkel tersebut telah berjaya mengenalpasti isu-isu dan cadangan-cadangan yang diperolehi dari semua peserta yang terlibat.

Selepas pembentangan, diskusi pula telah diadakan yang dipengerusikan oleh Ustaz Mat Noor Mat Zain dari UKM Pakarunding. Setiap wakil dari Majlis Agama Islam Negeri Melaka, Kelantan. Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang Sabah dan Wilayah Persekutuan membincangkan dengan lebih terperinci berkenaan pelaksanaan Kadar Uruf Emas di negeri mereka. Bengkel tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada para peserta.

Pada hari terakhir bengkel tersebut, rumusan dan pelan tindakan telah dibuat secara keseluruhan bagi pihak UKMP meneruskan kajian tersebut. Antara resolusi yang dicapai dalam bengkel tersebut adalah pihak UKMP akan turun padang ke Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia bagi mendapatkan maklum balas dan maklumat lebih terperinci mengenai kadar uruf pemakaian emas di setiap negeri. Dari sudut pelan tindakan, pelbagai cadangan yang bernas dan menarik dicadangkan kepada pihak UKMP untuk memudahkan gerak kerja mereka.

Pada hari terakhir bengkel, rumusan dan cadangan-cadangan telah dibahaskan oleh Ketua Perunding UKMP, Prof. Dr. Mohd Nasran bin Mohamad dan Pengarah Zakat JAWHAR, YBrs. Tuan Haji Mohd Bakri bin Ibrahim. Seterusnya majlis diakhiri dengan ucapan penutup dan penyampaian sijil kehadiran kepada para peserta yang hadir.

{gallery}20130926{/gallery}

 

Open, and sign my name under the look at here heading polar bears: december.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.39 Subuh 5.49 Syuruk 07.01 Zohor 13.19 Asar 16.14 Maghrib 19.39 Isyak 20.38
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 8 Jun, 2021 @ 8:00 AM
Top