Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BANTUAN KEPADA PUSAT DAKWAH SERANTAU #MUSAADAHCOVID19

Selangor, 23 Mac 2020 (Isnin) | YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyerahkan sumbangan kepada para pelajar dan kakitangan Pusat Dakwah Serantau (PDS), Sg Merab, Selangor yang terkandas sepanjang tempoh #PerintahKawalanPergerakan. Para pelajar seramai 28 orang ini merupakan kader-kader daie di mana kebanyakannya merupakan golongan muallaf yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

Program Bantuan Kecemasan ini merupakan jalinan kolaborasi antara Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.

                                     

Ia juga merupakan kesinambungan kepada inisiatif #MUSAADAHCOVID19 yang telah diumumkan oleh YB Menteri pada 19 Mac yang lalu. Majlis ringkas penyerahan ini telah dilaksanakan di Komples PDS, Sg Merab sambil disaksikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Haji Ruslan bin Said, Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Suhaimi bin Saudi dan Tn Hj Mohd Misbahul Munir selaku Mudir PDS. Selain PDS, Sumbangan #MUSAADAHCOVID19 turut disampaikan di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan di Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMaINS).

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.04 Zohor 13.06 Asar 16.28 Maghrib 19.03 Isyak 20.17
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Disember, 2020 @ 8:56 AM
Top