Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Bantuan Banjir Di Surau Kepala Bukit, Kaki Gunung Jerai, Gurun Kedah Darulaman

Kedah, 9 November 2017 (Khamis) – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyelaraskan satu Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Kedah oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan Agensi Memungut Zakat Negeri-negeri (AMZ) dengan disaksikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bertempat di Surau Kepala Bukit, Kaki Gunung Jerai, Gurun, Kedah Darulaman”.

       Fasa pertama hari ini, sebanyak empat (4) MAIN negeri hadir dengan jumlah sumbangan seperti berikut:

  1. Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diketuai oleh pengerusinya iaitu YBhg Datuk Haji Che Mat bin Che Ali  telah menyumbangkan sebanyak RM20,000.00 (dua puluh ribu sahaja) tunai.
  2. Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)  yang diwakili Tuan Haji Yusree bin Ikhsan  telah menyumbangkan sebanyak RM15,000.00 (lima belas ribu sahaja) tunai.
  3. Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)  yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), MAIPs telah menyumbangkan sebanyak RM10,000.00 (sepuluh ribu sahaja) tunai.
  4. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)  yang diwakili Ustaz Mohd Fahmi bin Leman telah menyumbangkan sebanyak RM10,000.00 (sepuluh ribu sahaja) mock cheque.

 

 

Kesemua sumbangan keseluruhan berjumlah RM45,000.00 (empat puluh lima ribu sahaja) dan mock cheque RM10,000.00 (sepuluh ribu sahaja) telah diserahkan secara rasmi kepada En Hafiz Asri bin Khaludin, Penolong Pegawai Daerah Yan dengan disaksikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Disamping itu, YB Menteri juga berkesempatan menyerahkan bantuan lain yang ditaja oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Turut hadir hari ini ialah YB Dato’ Dr. Leong Yong Kong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Tuan Syeikh Haji Zakaria Othman, KPE Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Tuan Haji Mohamad Zamri Zakaria dari YaPEIM dan wakil-wakil dari Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.30 Subuh 05.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.20 Maghrib 18.58 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 17 November, 2017 @ 5:57 PM
Anda Pelawat ke: [wHitCounter]
Top