Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Bahagian Baitulmal

Unit Zakat

  1. Merancang, menyelaras menyeragam dan memantapkan perundangan,peraturan,prosedur pengurusan kutipan dan prosedur agihan zakat untuk kegunaan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Zakat Negeri (JZN).
  2. Mewujudkan tatacara standard pengurusan kewangan dan perakuan untuk MAIN/JZN dan syarikat mengurus zakat.
  3. Mengurusetia mesyuarat penyelarasan peringkat kebangsaan dan persidangan berkaitan zakat.
  4. Memberi khidmat nasihat dan mudah cara dalam pembangunan organisasi dan urusan-urusan berkaitan zakat.
  5. Mengendali kajian, menyediakan laporan dan mengemukakan perakuan-perakuan mengenai isu-isu zakat.
  6. Mewujudkan dan menyelaraskan pembangunan dan guna pakai sistem standard teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) oleh semua MAIN dan JZN; dan
  7. Mewakili negara dalam perundingan dan forum rasmi berkaitan urusan zakat.

Unit Sumber Am

  1. Merancang,melaksana dan memantau program pembangunan sumber am dalam rancangan pembangunan ekonomi lima (5) tahun Malaysia;
  2. Merancang dan mendapatkan belanjawan pembangunan sumber am, harta pusaka, wasiat dan amanah seluruh negara;
  3. Merancang dan melaksanakan perkongsian pintar di kalangan institusi sumber am seperti Amanah Raya Berhad (ARB),Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), institusi perbankan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM),Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dan agensi-agensi lain yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan sosio-ekonomi ummah;
  4. Menyelaras dan memantapkan sistem pengurusan dan pentadbiran sumber am, wasiat, pusaka dan amanah;
  5. Menyelaras perundangan,prosedur dan tatacara sumber am seluruh negara; dan
  6. Merancang dan memacu pengwujudan dan pembangunan harta sumber am terutamanya institusi baitulmal di peringkat negeri.


Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.30 Subuh 05.40 Syuruk 07.03 Zohor 13.16 Asar 16.42 Maghrib 19.25 Isyak 20.41
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D,
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak,
Kompleks Islam Putrajaya,
Presint 3, 62100 Putrajaya.
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir:
Anda Pelawat ke:
countercountercountercountercountercountercounter
Top