Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Hikmah Berzakat Terhadap Umat Islam

Oleh:

Nurul Hidayah Yaacob
Bahagian Zakat
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
Jabatan Perdana Menteri

Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia telah difardukan mulai tahun kedua hijrah. Secara harfiah zakat diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Dari segi bahasa zakat bererti berkat, bersih, suci, subur dan berkembang maju.

Apabila seseorang mengeluarkan zakat, maka keislaman, keimanan dan ketakwaan seseorang itu menjadi sempurna. tidaklah sempurna keimanan dan ketakwaan seseorang muslim yang tekun beribadat solat (hablumminallah sahaja) namun mengabaikan perintah menunaikan zakat yang besar manfaatnya kepada kemaslahatan ummah (hablumminannas).

“Dan dirikanlah solat ,tunaikanlah zakat dan ruku’ lah bersama orang-orang yang ruku’.”[surah Al-Baqarah: ayat 43]

Tidak dinafikan lagi bahawa harta adalah sesuatu yang sangat dicintai. Sikap cinta kepada harta merupakan sikap yang amat sukar diatasi telah menjadi darah daging pada diri suatu makhluk dinamakan manusia. Sesuatu yang dicintai itu tidaklah dikeluarkan kecuali dengan mengharap balasan yang setimpal atau bahkan lebih dari yang dikeluarkan. Oleh sebab itu, zakat disebut juga shodaqoh (yang berasal dari kata shidiq yang bererti benar atau jujur) yang mengharapkan redha Allah dengan zakatnya tersebut.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang ertinya, “Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhari no. 13 dan Muslim no. 45). Wahai saudaraku, sebagaimana engkau mencintai jika ada saudaramu meringankan kesusahanmu, begitu juga seharusnya engkau suka untuk meringankan kesusahan saudaramu. Maka pemberian seperti ini merupakan tanda kesempurnaan iman.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya di surga terdapat kamar yang luarnya dapat terlihat dari dalamnya dan dalamnya dapat terlihat dari luarnya.” Kemudian ada seorang badui berdiri lantas bertanya, “Kepada siapa (kamar tersebut) wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Bagi orang yang berkata baik, memberi makan (di antaranya lewat zakat, pen), rajin berpuasa, solatkerana Allah di malam hari di saat manusia sedang terlelap tidur.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Dari Anas r.a katanya: “Abu Bakar menulis surat kepadanya menjelaskan apa yang diperintahkan rasulullah s.a.w (perihal zakat). Katanya: “Janganlah mengumpulkan yang bercerai dan jangan menceraikan yang berkumpul kerana takut membayar zakat.”

Huraian Hadith:

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”. (an-Nur: 56) Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat kerana sesungguhnya mereka yang kaya dan berada harus menyedari bahawa di dalam harta mereka wujud hak orang-orang fakir dan miskin.

 

 

 

Hukum Zakat

Wajib/Fardhu Ain ke atas orang Islam yang sudah sempurna syarat-syaratnya.Pembayaran zakat diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya didermakan kepada 8 golongan (asnab) yang berhak menerima zakat. Zakat merupakan kewajiban yang tercantum dalam Al Qur’an. Ertinya jika kita mengerjakannya, kita memperolehganjaran pahala. Sekiranya tidak, kita akan mendapat dosa. Allah telah berfirman dalam AlQu’ran Surah Al-Baqarah ayat 110 yang bermaksud:

”Dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat…”[Al Baqarah:110]

Firman Allah yang bermaksud : “Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk).”[ Surah At-Taubah: ayat 103]

Dengan zakat Allah akan menghilangkan dosa kita dan membersihkan hati kita.Orang yang tidak mahu membayar zakat padahal dia mampu berbuat sedemikian, azab seksa api neraka pasti menanti mereka.

Zakat terbagi atas dua jenis yakniZakat Fitrah dan Zakat Maal( zakat harta). Zakat fitrah adalah zakat yang wajib dikeluarkan oleh orang muslim setiap kali menjelang AidilFitri pada bulan Ramadhan. Besar Zakat ini setara dengan 2,5 kilogram/3,5 liter makanan pokok yang ada di daerah bersangkutan. Manakala Zakat Maal (Zakat Harta), ia merangkumi hasil perniagaan, pertanian, pertambangan, hasil laut, hasil ternak, harta temuan, emas dan perak. Masing-masing memiliki perhitungannya tersendiri.

Kewajiban membayar zakat fitrah telah diungkapkan kewajibannya menurut hadist dari Ibnu Umar radliyallah ‘anhuma, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewajibkan zakat fitrah sebesar satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum atas orang merdeka dan budak, laki-laki dan perempuan, besar maupun kecil dari kaum muslimin. Dan beliau memerintahkan agar dikeluarkan sebelum orang-orang keluar menunaikan shalat (‘AidilFitri).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 60, dapat disimpulkan bahawa golongan yang berhak menerima zakat antaranya ialah fakir, miskin, amil, muallaf, hamba yang hendak merdeka dengan bayaran, orang yang berhutang, orang yang berjuang di jalan Allah dan ibnu sabil (orang yang sedang bermusafir bukan tujuan maksiat, putus perbelanjaan atau mengalami kesengsaraan) manakala golongan yang tidak berhak menerima zakat ialah orang kaya, orang kafir, keturunan Rasulullah s.a.w (Keturunan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib) dan hamba yang mendapat upah dan merupakan tanggungan tuannya (majikan).Manfaat zakat adalah membantu menyediakan satu bentuk keadilan sosial iaitu dengan cara mengagihkan kekayaan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Atas sebab-sebab inilah, orang yang berhak menerima zakat telah ditetapkan.

Syarat wajib zakat :

Islam Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

MerdekaHamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

Sempurna Milik Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

Cukup NisabNisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 10,300 (bergantung kepada harga semasa emas)

Cukup Haul Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan iaitu 345 hari tahun Hijrah dan 365 hari bagi tahun Masihi.

Niat Untuk Berniaga Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.

Hikmah Berzakat:

 

  1. 1.Di antara hikmah Allah S.W.T mensyariatkan zakat ialah dapat mengagihkan kekayaan dari golongan yang berada kepada golongan yang kurang berkemampuan. Selain itu, dengan membayar zakat kita dapat membersihkan diri dari sisfat-sifat mazmumah (tercela) iaitu hasad dengki, iri hati, sombong, takabbur dan sebagainya. Kerana kebiasaannya, golongan miskin akan berasa benci terhadap golongan kaya yang suka mempergunakan duit untuk tujuan yang tidak bermanfaat. Jika harta yang melimpah itu dimanfaatkan , sudah tentu terjalin keharmonian diantara golongan kaya dan miskin. Kemudian, menunaikan zakat ini dapat membentuk akhlak mahmudah (mulia) seperti rasa bertolak ansur, bertaqwa dan rasa simpati kepada golongan yang kurang bernasib baik dan sebagainya

 

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dari hadits Abu Rabsyah Al-An Maary: “Harta tidak akan berkurang dengan dishodaqohkan”(HR. Tirmidzi, kitab Az Zuhd jilid 4 hal. 487 no. 2325, kata Imam Tirmidzi: “Hadits ini hasan shohih”)

  1. 2.Orang yang membayar zakat tidak akan sesekali miskin atau terkurang hartanya. Malah dengan membayar zakat kita akan mendapat keredhoan illahi, keberkatan dalam harta pencarian dan harta dalam simpanan menjadi bersih, bersih dari sesuatu yang haram dimiliki iaitu hak-hak orang yang berhak menerima zakat dan mendapat balasan pahala berlipat kali ganda serta dikurniakan oleh Allah s.w.t syurga yang hakiki.

 

  1. 3.Disamping mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t di kalangan orang yang berada, nikmat yang disyukuri itu dijanjikan oleh Allah akan ditambahkan malah mengembangkan lagi harta si pembayar zakat. Pembayar zakat biasanya bersifat belas kasihan , peramah dan lembut kepada saudaranya yang tidak cukup berkemampuan.

Allah Ta’ala berfirman, “Dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu.” (QS. Al Qoshosh: 77).

  1. 4.Dari segi agama, dengan membayar zakat beerti kita telah menjalankan salah satu rukun islam yang ke lima. Ianya merupakan saranan bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah serta menambahkan keimanan dan mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Pembayar zakat akan mendapat balasan pahala yang berlipat kali ganda , sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

 

“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah”[ surah Al-Baqarah : ayat 276]

 

  1. 5.Harta dari sumber yang baik akan dilipat kali gandakan oleh Allah SWT. Seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w, zakat juga salah satu cara menghapus dosa. Hikmah lain ialah zakat dapat membantu mereka-mereka yang berjuang dalam mengembangkan dakwah islam.

 

  1. 6.Sebaliknya apabila seseorang itu tidak menunaikan zakat, maka ancaman dari Allah SWT amat mengerikan, sebagaimana firman Allah dalam surah At-Taubah ayat ke 34-35:

 

“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat siksa yang pedih. Pada hari dipanaskan emas dan perak itu di dalam neraka jahanam, lalu dikatakan kepada mereka : “ Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang akibat dari yang kamu simpan itu.”

 

 

  1. 7.Zakat juga menimbulkan dzikrul maut iaitu ingat akan mati. Hal ini kerana perintah menunaikan zakat haruslah dilakukan segera, jangan sampai ditangguh-tangguhkan. Bila pelaksanaannya ditangguh lalu sampai ajal terlebih dahulu maka timbul penyesalan yang tidak terkira.

Firman Allah yang bermaksud:

 

“Dan belanjakanlah sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang diantara kamu, lalu ia berkata “Ya Tuhanku, mengapa engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh.” Dan Allah sekali-kali tidak akan menanggguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Surah Al-Munaafiquun : 10-11].

 

  1. 8.Bila kematian kita sudah sampai dan hal itu memang suatu kepastian, maka salah satu perkara yang harus dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT adalah berkenaan soal harta. Dari mana harta itu diperolehi, bagaimana ia dibelanjakan dan untuk apa harta itu dibelanjakan. Sama ada dibelanjakan ke jalan Allah atau sebaliknya. Dan yang paling penting, adalah adakah sudah ditunaikan zakatnya atau belum.

 

Kesimpulan:

Akhirnya, marilah kita berusaha meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita dalam melaksanakan perintah Allah SWT dalam menunaikan kewajipan zakat, infaq dan sedekah terutama dalam bulan suci Ramadhan yang penuh berkah dan maghfirah ini yang pada hakikatnya untuk kepentingan diri sendiri untuk meraih hidup yang damai di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat sana.

 

Semoga amal soleh kita diterima dan dibalas berlipat kali ganda dari Allah Azza Wa Jalla. Allahumma Ameen Ya Allah.

Finding my coat of arms on check this portal out my trip proves my!

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 14 September, 2021 @ 5:31 PM
Top