Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Arahan Pentadbiran dan Arahan Pentadbiran BTM Tahun 2011

Bilangan 1/2011

Penghantaran Surat dan Dokumen Rasmi Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) Kepada Semua Penerima Yang Beralamat di Putrajaya

Tarikh Kuatkuasa 10 Januari 2011

Bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian JAWHAR, adalah dengan ini diputuskan supaya semua surat rasmi JAWHAR yang ditujukan kepada penerima yang beralamat di Putrajaya HENDAKLAH disampaikan melalui serahan tangan. Semua bukti serahan surat iaitu slip penerimaan yang disahkan oleh pihak penerima perlu dibawa kembali dan direkodkan ke dalam fail yang berkenaan.

 

Bilangan 2/2011

Galakan Pemakaian Baju Korporat Oleh Warga JAWHAR Pada Setiap Hari Selasa

Tarikh Kuatkuasa 03 Mac 2011

Bagi memantapkan semangat kerjasama dan menghidupkan suasana kekitaan (esprit de corps) dalam kalangan warga JAWHAR,  dengan ini diarahkan bahawa semua warga JAWHAR adalah digalakkan untuk memakai Baju Korporat Jabatan pada setiap hari Selasa. Pemakaian Baju Korporat yang seragam oleh semua warga JAWHAR diharap dapat mewujudkan suasana kerja berpasukan yang mantap dan membolehkan penyampaian perkhidmatan Jabatan dilaksanakan dengan lebih efisien.

Sebagai satu insentif, pemakaian Baju Korporat Jabatan akan diambil kira dalam pemberian sebarang bentuk pengiktirafan oleh Jabatan ini seperti pemilihan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan pengiktirafan-pengiktirafan lain yang bersesuaian.

 

Bilangan 3/2011

Kehadiran Ke Majlis Program Ke Arah Perkhidmatan Cemerlang Dan Cintailah Negara Kita

Tarikh Kuatkuasa 04 Julai 2011

Bagi menunjukkan sokongan padu jabatan kepada program tersebut, warga JAWHAR gred 22 ke atas adalah diwajibkan untuk menghadirinya. Warga JAWHAR selain dari gred yang dinyatakan adalah digalakkan untuk turut sama hadir. Bagi kakitangan yang memilih waktu bekerja peringkat 2 dan 3 adalah diminta untuk hadir awal pada hari tersebut bagi memudahkan urusan perjalanan.

 

Arahan Pentadbiran BTM Bilangan 1/2011

Pengemaskinian Maklumat Laman Sesawang JAWHAR, Sistem e-Bayanat, Sistem e-Wakaf dan Portal i-Wakaf

Tarikh kuatkuasa : 14 Januari 2011

Bagi memperkasakan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada stakeholders dan pelanggan, adalah dengan ini duputuskan supaya semua maklumat yang terdapat pada laman sesawang JAWHAR, Sistem e-Bayanat, Sistem e-Wakaf dan Portal i-Wakaf dikemaskini dengan segera selewat-lewatnya sehingga 31 Januari 2011. Maklumat tersebut juga perlu sentiasa disemak setiap bulan untuk memasukkan maklumat yang terkini mengenai program dan aktiviti Jabatan serta projek pembangunan wakaf yang berkaitan.

Kerjasama semua bahagian mematuhi Arahan Pentadbiran Bahagian Teknologi Maklumat JAWHAR Bil. 1/2011 ini amatlah dihargai.

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.32 Subuh 5.42 Syuruk 07.01 Zohor 13.12 Asar 16.34 Maghrib 19.20 Isyak 20.34
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 1 Jun, 2020 @ 10:46 AM
Top