Awam Kerajaan Warga JAWHAR

ANUGERAH INOVASI JABATAN PERDANA MENTERI 2011 (AIJPM 2011)

JAWHAR telah menyertai Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2011 (AIJPM 2011) yang telah diadakan di Dewan 8, Putrajaya International Convention Centre (PICC) dan disertai lima (5) orang ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif JAWHAR (KIKJ) iaitu Cik Norfadhilah Binti Abdullah, Pn. Emylia Syakira Binti Jamean, Pn. Norlizah Bt Mainoordin, En. Mohd. Radzi Bin Mohammed Ismail dan Pn. Norlina Safidah Binti Mohammed Shafri. Turut hadir bersama semasa pembentangan sebagai pemerhati ialah Penyelaras KIKJ, En. Ahmad Azhan Bin Mohd Noh. Beliau juga menyumbangkan sokongan padu bagi membuktikan KIK JAWHAR juga mampu bersaing walaupun penyertaan JAWHAR dalam pertandingan ini jatuh pada hari penutup.

JAWHAR telah mengetengahkan dua (2) projek pembangunan ke penyertaan tersebut, dimana ianya dikategorikan sebagai projek non-ict. Projek-projek tersebut adalah Projek Pembangunan Tanah Wakaf-Hotel Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka dan Kedai Rakyat MAIWP. Bagi pembentangan pertama, Pembangunan Tanah Wakaf-Hotel Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka telah dibentangkan oleh En. Mohd Radzi Bin Mohammed Ismail dan Cik Norfadhilah Binti Abdullah pula membentangkan projek kedua iaitu Kedai Rakyat MAIWP. Seramai tiga (3) orang ahli panel yang menjadi juri pertandingan tersebut iaitu Dr. Jamil dari SIRIM, Professor Madya Dr. Norzaidi dari UiTM dan Mr. Mohan dari Malaysia Association of Creativity & Inovation.

Wakil JAWHAR diberikan masa selama 15 minit  bagi setiap pembentangan dan 15 minit lagi untuk sesi soal jawab. Wakil JAWHAR berjaya mengemukakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya dengan baik. Maklum balas yang diberikan oleh ahli panel sangat baik apabila mengetahui JAWHAR telah melaksanakan 19 projek wakaf berinovasi. Pihak panel mencadangkan supaya JAWHAR mewujudkan hebahan yang lebih meluas ke atas projek inovasi yang dilaksanakan oleh JAWHAR bagi mengurangkan persepsi masyarakat Islam terutamanya terhadap pembangunan tanah wakaf.

Keputusan Anugerah Inovasi JPM 2011 ini akan diumumkan pada penghujung April 2012 atau bulan Mei 2012. Semoga projek yang diutarakan ini dapat perhatian penuh dari pihak ahli panel.

Terima kasih juga diucapkan kepada PAJPM yang memberi peluang kepada KIK JAWHAR menyertai pertandingan Anugerah Inovasi 2011 JPM.

The buzzing of the http://pro-essay-writer.com/ alarm clock suddenly stops and, to my.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top