Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Anak-anak Yatim Diraikan Bersama warga JAWHAR dalam Satu Majlis Berbuka Puasa

iftar 2013 1

Tanggal 25 Julai 2013/16 Ramadhan 1434H yang lalu, Majlis Hari Bersama Yg. Bhg Datuk Ketua Pengarah JAWHAR dan Majlis IFTAR Ramadhan JAWHAR telah diadakan bertempat di Dataran JAWHAR.

Majlis yang bermula pada jam 6 petang itu di anjurkan bersama oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) dan Kelab Kebajikan dan Sukan JAWHAR (KKSJ)

Majlis turut diserikan dengan kehadiran 25 anak-anak yatim dari Rumah Anak Anak Yatim Sentuhan Budi (RUSTI) Kuala Lumpur dengan diiringi oleh 5 orang guru. Selain itu, tidak ketinggalan ahli keluarga warga JAWHAR yang turut sama memeriahkan Majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Ust Ridzuan bin Awang dengan tazkirahnya berkaitan bulan Ramadan. Sesi diteruskan lagi dengan agenda Hari bersama Datuk Ketua Pengarah Bulan Julai 2013 dimana penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Bulanan JAWHAR (APCBJ) dan Anugerah Miftahul Ilmi (Peminjam buku terbanyak) bagi bulan Julai diberikan kepada En Abdul Hakim bin Abd Rauf (APCBJ) dan Cik Aniza binti Ludin (Miftahul Ilmi). Tidak ketinggalan penyampaian hadiah kelahiran cahayamata kepada En Mohammed Siddiqui Mohamd Tarmizi dan En Muhammad Suardi Bin Shafien.

Di dalam amanat yang disampaikan oleh Datuk Hj Anan bin C. Mohd beliau berpesan supaya tugas warga JAWHAR sebagai penjawat awam, tentunya sifat taqwa menjadi kekuatan dalaman dan menjadi benteng dan pengawal diri daripada melakukan sebarang perbuatan mazmumah, menyeleweng, negatif dan seumpamanya. Sifat taqwa dalam diri juga akan menjadi penyuntik motivasi untuk bekerja dengan penuh amanah, gigih dan komited demi kepentingan agama dan negara.

Kehadiran anak-anak dari rumah Anak Yatim Sentuhan Budi, Kuala Lumpur mencerikan suasana Majlis Iftar Ramadan yang diadakan dimana Datuk KP JAWHAR selaku wakil kepada seluruh warga JAWHAR sempat memberikan sedikit sumbangan yang dikumpulkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan JAWHAR. Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini dapat memberikan sinar kepada mereka dalam menyambut Syawal yang bakal tiba.

Dengan penganjuran Majlis ini diharapkan dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim di kalangan warga kerja JAWHAR berserta keluarga masing masing. Majlis melabuhkan tirai pada jam 8.30 mlm.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top