Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Al – BARAKAH KONVOI KEMBARA ZAKAT KEDAH 2016

Bahagian Baitulmal, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), telah mengadakan program Konvoi Kembara Zakat (KKZ) 2016 pada 14 hingga 16 Oktober 2016 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di daerah Jeniang, Sik dan Baling di negeri Kedah. KKZ 2016 yang bertemakan  “Al-Barakah: Kembara Zakat Kedah” merupakan program kali ke-5 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2012 lagi.

jawhar-268

Program KKZ 2016 merupakan anjuran bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan kerjasama semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh Malaysia, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Lembaga Tabung Haji (TH) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta agensi-agensi terpilih.

jawhar-769

KKZ 2016 ini merupakan program turun padang yang melibatkan penyertaan seramai 200 orang peserta bertujuan untuk mempromosikan dan mengetengahkan program-program agihan zakat yang dilaksanakan oleh MAIN dan AMZ agar masyarakat mendapat maklumat mengenai peranan yang telah dimainkan oleh institusi-institusi zakat di Malaysia. Para peserta dapat berkongsi pengalaman dalam mengendalikan urusan berkaitan zakat di Malaysia serta dapat mengeratkan jalinan kerjasama dan persefahaman antara semua agensi terlibat.

jawhar-1037

Majlis Pelancaran (Flag-Off) KKZ 2016 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zahari bin Ismail, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kedah pada 15 Oktober 2016 (Sabtu) jam 8.30 pagi di perkarangan parkir TH Hotel, Alor Setar, Kedah. Selepas upacara flag-off, semua peserta KKZ 2016 telah berkonvoi menuju ke Pusat Haemodialisis, Lembaga Zakat Negeri Kedah sebelum ke tiga lokasi utama Konvoi Kembara Zakat 2016 yang terpilh iaitu Jeniang, Sik, dan Baling.

jawhar-283

Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan di semua lokasi berkenaan adalah sesi beramah mesra dan penyampaian cenderahati kepada pesakit yang mendapat rawatan di Pusat Haemodialisis, melawat tapak pembangunan Surau Al-Barakah KKZ 2016, Majlis Penyerahan Bantuan Rumah LZNK dan aktiviti ramah mesra bersama penduduk setempat. Program-program tersebut menggunakan dana zakat yang disumbangkan oleh semua MAIN dan AMZ yang terlibat serta agensi-agensi terpilih yang telah menyumbang.

jawhar-506

jawhar-521

jawhar-910

KKZ 2016 telah mendapat respons yang sangat positif daripada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dan program yang amat bermakna ini wajar diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang demi memartabatkan syariat Islam dan memperkasakan sosioekonomi ummah di Malaysia.

jawhar-319 jawhar-361

jawhar-626

jawhar-210

jawhar-858 jawhar-884

jawhar-741

jawhar-752

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top