SEMINAR MUNAQASYAH ILMU ZON SARAWAK: PENGURUSAN WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN
17 Oktober 2019 | JAWHAR telah melaksanakan Seminar Munaqasyah Ilmu Zon Sarawak: Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan bertempat di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Kompleks Islam Kuching, Sarawak.
Program kolaborasi pintar JAWHAR melalui Bahagian Wakaf dengan Tabung Baitulmal Sarawak telah diisi dengan tiga pembentangan kertas kerja.
Pembentangan 1: Pembangunan Mawquf dan Pengurusan Manfaat oleh Encik Nuruliman bin Ibrahim, Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen, UPM.
Pembentangan 2: Tadbir Urus dan Pemasaran Wakaf oleh YBrs. Dr. Haji Razali bin Othman, Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen, UPM.
Pembentangan 3: Aplikasi Wakaf dalam Realiti Semasa oleh YBhg. Datu Haji Abang Mohd Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak.
Seminar tersebut turun dimeriahkan dengan pameran Tabung Baitulmal Sarawak.
YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah JAWHAR telah memberi ucapan aluan sempena Majlis Perasmian oleh YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak. Seminar turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Suhardi bin Bujang, Pegawai Syariah Jabatan Agama Islam Sarawak dan YBrs. Tuan Haji Sulaiman bin Hashim, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak.
Sekian.