Awam Kerajaan Warga JAWHAR

KUANTAN, 11 Mei 2019 – Program Kembara Rahmah Nur Ramadan (KRNR) 1440H/ 2019M anjuran JAWHAR dengan kerjasama wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Pacuan Empat Roda Komuniti Malaysia (4W4C) serta Pejabat Ahli Parlimen Kuantan telah berlangsung dengan jayanya di Kuantan pada 11 Mei 2019 (Sabtu) bersamaan 6 Ramadan 1440H. Negeri Pahang merupakan negeri kelima pengembaraan sejak dilepaskan oleh YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusuf pada 8 Mei 2019 di Putrajaya. Daerah Kuantan telah tersenarai sebagai salah satu destinasi persinggahan.

Penganjuran KRNR 1440H/ 2019M juga melibatkan kolaborasi dengan agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (YTWP), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan TV Al-Hijrah.

 

 

 

 

 

YB Puan Hajjah Fuziah Salleh selaku Timbalan Menteri di JPM (Agama) menyambut ketibaan konvoi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kg Pak Mahat, Kuantan sekitar jam 4.00 petang. Program memasak bubur lambuk dan penyampaian sumbangan pek barangan keperluan kepada seramai 400 orang penerima dari golongan memerlukan telah berjaya disampaikan. Klinik Guaman Syariah secara percuma oleh JKSM merupakan antara reruai yang telah dibuka manakala YaPEIM menyediakan kaunter bas bergerak yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk rakyat.

 

 

 

 

 

 

 

Usai majlis di PPR Kg Pak Mahat, YB Puan Hajjah Fuziah bersama para peserta kembara bergerak ke Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Hujan lebat yang membasahi bumi Kuantan pada sebelah petang tidak sedikit pun menghalang perjalanan majlis. Sesi ramah mesra dan edaran bubur lambuk bersama para pengunjung turut diadakan sebelum berbuka puasa beramai-ramai secara santai di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 berhadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan. Para pengunjung sebelum itu disajikan dengan santapan rohani sementara menunggu waktu berbuka melalui tazkirah yang disampaikan oleh Yang Berusaha Ustaz Mohd Hariri bin Mohd Daud, pendakwah selebriti Moderator Forum Perdana Hal Ehwal Islam RTM yang juga pegawai di Sekretariat RAHMAH, JAKIM.

 

 

 

 

 

 

 

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.31 Subuh 05.41 Syuruk 07.00 Zohor 13.02 Asar 16.24 Maghrib 19.00 Isyak 20.13
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 12 November, 2019 @ 8:22 AM
Top