Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MUNAQASYAH ILMU BIL.1/2019 BERTEMPAT DI DEWAN SAADAH, WISMA MUIS, KOTA KINABALU, SABAH BERTEMAKAN “PENGURUSAN WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN”.

SABAH, 28 Mac 2019 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan Kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah, (MUIS) telah menganjurkan program Munaqasyah Ilmu Bil.1/2019 bertempat di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah bertemakan “Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan”.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Seri Panglima Dr. Haji Hasbullah bin Haji Mohd Taha, Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan telah disertai oleh para peserta seramai 200 orang yang terdiri daripada pegawai Majlis Ugama Islam Negeri, pengurus wakaf Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta serta pengetua institusi pondok, tahfiz dan sekolah agama di bawah seliaan kerajaan.

Program Munaqasyah Ilmu  ini diadakan dalam bentuk ceramah dengan menampilkan 2 orang penceramah yang terdiri daripada YBrs. Dr. Haji Razali bin Othman, Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia dan YBrs. Encik Nuruliman bin Ibrahim, Ketua Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia.

Program Munaqasyah Ilmu  adalah  membincangkan topik Tadbir Urus dan Pemasaran Wakaf serta Pembangunan Mawquf dan Pengurusan Manfaat yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat Islam tentang ibadah berwakaf serta menyebar luas kesedaran dan kefahaman tadbir urus terbaik wakaf di kalangan pegawai pengurusan wakaf institusi pendidikan agar lebih efisyen, produktif dan telus.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 18 September, 2019 @ 12:36 PM
Top