Awam Kerajaan Warga JAWHAR

10 Rumusan Perkasakan Peletakhakan Tanah Wakaf

Port Dickson, 28hb April 2012. Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) telah menganjurkan Seminar Transformasi Peletakhakan Tanah Wakaf yang buat julung kalinya  diadakan pada 25 hingga 27 April 2012 di Permaisuri Resort, Port Dickson Negeri Sembilan. Seminar ini telah berjaya menarik minat seramai 153 peserta yang terdiri daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku pemegang amanah tunggal  wakaf, Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Putrajaya, JKPTG Negeri, Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil Negeri, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Seminar ini telah dirasmikan oleh YB. Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Di dalam ucapan perasmian tersebut beliau berasa gembira di atas jalinan kerjasama perkongsian pintar yang diwujudkan antara JAWHAR dan JKPTG dalam memperkasakan pengurusan tanah wakaf di seluruh negara. Kerjasama lautan biru ini selaras dengan hasrat Y.A.B Perdana Menteri untuk melihat transformasi dan inovasi dalam perbagai bidang termasuk pengurusan hartanah wakaf.

Sebanyak 8 kertas kerja telah dibentangkan oleh  pembentang kertas kerja yang berpengalaman dalam bidang pengurusan tanah wakaf iaitu Datuk Haji Anan C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP),  Tuan Haji Mahammed Naser Desa, Peguam Kanan Jabatan Peguam Negara, Tuan Haji Kamil Mohamed, Pengarah  Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer JKPTG,  Tuan Haji Ab. Aziz bin Ismail,Timbalan Pengarah Pasukan Rintis e-Tanah, Tuan Haji Wan Halim bin Wan Harun, Perunding pesaka kecil  dan pegawai-pegawai  kanan MAIN. Pelbagai aspek telah diketengahkan kepada para peserta di sepanjang 3 hari  2 malam seminar berlansung seperti perundangan, pembangunan, pendaftaran, sistem ICT, pesaka kecil dan pengkongsian pengalaman MAIN daripada 3  negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Secara ringkasnya seminar ini menyentuh urusan wakaf  yang termaktub dalam Jadual Kesembilan Senarai II, Butiran 1 Perlembagaan Malaysia dan Enakmen Pentadbiran Agama Negeri-Negeri. Setiap pewakafan perlu didaftarkan hakmilik tanah agar pewakafan dan status penggunaan tanah jelas dan pewakafan adalah terjamin. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu dan masalah tanah wakaf lama  masih belum dipindahmilikan atau diletakhakkan dibawah MAIN disebabkan perkara – perkara seperti berikut:-

  • -Pewakaf telah meninggal dunia.
  • -Geran atas nama Penghulu/Khadi.
  • -Wakaf lisan tiada dokumen sokongan.
  • -Tanah di atas pemegang amanah yang lain.
  • -Tanah pertanian kurang dari 1 ekar.

Isu ini telah lama dihadapi oleh MAIN namun sehingga sekarang masih tiada jalan penyelesaian. Tanah-tanah wakaf  yang sepatutnya menjadi hak milik MAIN sebagai pemegang amanah tunggal masih gagal dipindah milik atau diletakhakan.  Ia secara tidak langsung menyukarkan pihak kerajaan khususnya MAIN  membangunkan tanah-tanah wakaf yang berpotensi  demi kemaslahatan ummah. Menerusi seminar ini, segala isu / masalah dan cadangan peletakhakan tanah wakaf dibincangkan bersama supaya  permasalahan tersebut terungkai dan penambahbaikan dapat dilaksanakan.

10 rumusan telah digubal  menjadi resolusi  seminar bagi memperkasakan pengurusan tanah wakaf di Malaysia untuk manfaat ummah.  Antaranya ialah;

  1. 1.Semua tanah wakaf hendaklah didaftarkan/letakhakan di atas nama MAIN sebagai pemegang amanah tunggal sebagai   diperuntukkan di bawah Enakmen   Agama Islam Negeri;

  2. 2.Semua MAIN disyorkan supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi mewujudkan Enakmen Wakaf Negeri atau Kaedah-kaedah / Peraturan-peraturan wakaf yang komprehensif dibawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri bagi memastikan pendaftaran pemilikantanah wakaf dapat dilaksanakan mengikut hokum syarak;

  3. 3.Semua MAIN disyorkan menggunakan Kaedah Peletakhakan Berkanun di bawahSeksyen 416C, Kanun Tanah Negara bagi mendaftarkan peletakhakan tanah -tanah wakaf;

  4. 4.Satu pelan induk pembangunan tanah wakaf digubalsecara menyeluruh dan bersepadu oleh JAWHAR dengan kerjasama pihak-pihak berkaitan sebagai rujukan dan panduan semua pihak yang berkepentingan bagi memperkasakan pembangunan tanah-tanah wakaf;

  5. 5.Penyimpanan rekod tanah wakaf di MAIN perlu dikemaskini dan diselenggara secara sistematik dan berterusan dengan mengambil langkah proaktif dalam memastikan keutuhan pewakafan sentiasa terpelihara;

  6. 6.Kerjasama strategic berterusan perlu diadakan antara JAWHAR, MAIN, YWM, JKPTG, PTG Negeri dan Pejabat Pentadbir Tanah Daerah untuk memastikan urusan peletakhakan tanah wakaf dapat diselaraskan sewajarnya;

  7. 7.JKPTG mengambil tindakan menyeragamkan peraturan dan arahan kepada Pentadbir Tanah supaya dapat memenuhi keperluan peletakhakan tanah wakaf di semua negeri termasuk menaiktaraf Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer dan Sistem e-Tanah;

  • 8.Semua pihak yang berkenaan perlu memainkan peranan dalam menyelesaikan permasalahan berhubung dengan peletahakan tanah wakaf dalam perspektif perundangan;

  • 9.Semua Pendaftar Hakmilik dan Pentadbir Tanah disaran mematuhi Pekeliling KPTG Bil.8/1999 bertarikh 24 November 1999 agar menggunakan kaedah peletakhakan berkanun di bawah seksyen 416C, Kanun Tanah Negara; dan

  • 10.JAWHAR dengan kerjasama semua MAIN serta lain-lain pihak yang berkaitan disaran mengambil langkah untuk menggubal Akta Wakaf Negara sebagai rujukan utama dalam urusan pentadbiran tanah wakaf.

Penutupan seminar ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Khalid bin Mohamed , Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR Jabatan Perdana Menteri. Harapan penganjur seminar, semoga semua rumusan yang telah disepakati  bersama akan menjadi penawar kepada permasalahan yang ada dan di ambil tindakan sebaiknya  dalam mentransformasikan peletakhakan tanah wakaf seluruh negara.

Im sure ill wake back up in a few have a glimpse at this web-site minutes, but.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.04 Zohor 13.06 Asar 16.28 Maghrib 19.03 Isyak 20.17
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Disember, 2020 @ 8:56 AM
Top